Assalammualaikum kepada semua pembaca setia Blog Mr.Zam Extreme . . . .
Kali ni Abg Zam nak kongsikan pada korang semua mengenai misteri IBU RUMAH ataupun rumah asal yang mula-mula di bina oleh orang-orang dulu-dulu.
Abg Zam telah pergi ke sebuah rumah yang di katakan menyimpan pelbagai misteri terletak di utara tanah air di daerah tunjang kedah dengan bantuan seorang rakan, Melihat keadaan Rumah tersebut biasa saja dari luar tetapi waktu malam menjelma pelbagai kejadian pelik akan berlaku.
Kali ni Abg Zam nak kongsikan pada korang semua mengenai misteri IBU RUMAH ataupun rumah asal yang mula-mula di bina oleh orang-orang dulu-dulu.
Abg Zam telah pergi ke sebuah rumah yang di katakan menyimpan pelbagai misteri terletak di utara tanah air di daerah tunjang kedah dengan bantuan seorang rakan, Melihat keadaan Rumah tersebut biasa saja dari luar tetapi waktu malam menjelma pelbagai kejadian pelik akan berlaku.
Ketika melangkah masuk di tingkat atas ibu Rumah yang di maksudkan kelihatan suasana agak suram sunyi dan sepi.
Keadaan di dalam ibu rumah ni agak usang dan banyak kayu yang mulai reput, agak seram juga masa ni.
Tuan ibu rumah ni yang mesra di panggil Pakcik Mat masih lagi menetap di sini tapi di rumah bawah atau rumah pendua dan rumah di tingkat atas di biarkan begitu saja lebih dari puluhan tahun sejak dari beliau mula berkahwin dan kini sudah mempunyai cucu yang ramai, Menurut Tuan rumah ni bila malam menjelang macam-macam bunyi dapat di dengar dan beliau sendiri tidak berani naik ketika waktu malam begitu juga ahli keluarga yang lainnya.
Abg Zam tidak di benarkan mengambil video ( tidak tau sebab apa ) cuma di benarkan ambil beberapa keping foto dan Abg Zam juga di minta untuk merahsiakan lokasi sebenar rumah ini.
Terpaksa akur dengan permintaan beliau, dapat naik pun kira ok la ni hu hu
Nampak agak usang, siling berlubang!
Siapa berani tidur atas katil usang ini walaupun hanya satu malam?
Keadaan di bawah katil yang sudah berabuk !!
Imej yang dipercayai ' ORBS ' ( dlm bulatan ) atau boleh jadi juga ilusi kamera berjaya di rakam secara spontan, untuk mengetahui apa itu " ORBS"
Korang boleh klik kat sini --> MISTERI ORBS
Keunikan tangga ke-4 dari bawah akan berbunyi setiap kali kita pijak dan tetap berbunyi walaupun dah di repair byk kali...pernah dulu pencuri nk masuk naik, di sebabkan bunyi kayu tu, Tuan rumah terus terjaga dan si pencuri melarikan diri.
Kulit ular di jumpai di salah satu sudut rumah !
Sarang labah-labah mula menjadi penghuni tetap di sini dan menunjukkan memang tempat ni sudah lama terbiar !
Almari yang sudah usang !!
Antara gangguan yang sering di alami ialah tangga untuk naik ke atas Ibu rumah akan berbunyi seolah-olah di pijak oleh sesuatu dan pelbagai suara-suara yang menyeramkan datang dari ibu rumah tersebut, biasanya akan berlaku ketika malam menjelma !
Foto seterusnya ini menjadi tanda-tanya dan di sedari semasa proses meng'upload' di lakukan, cuba korang lihat foto di bawah ni, apa yang korang nampak ? lihat dalam bulatan merah tu !
Ok kita Zoom sket :
Kelihatan imej mahkluk yang mempunyai telinga capang dan bermuka bujur sedang berdiri memerhatikan lensa kamera !! atau bole jadi dedaun yang membentuk, tapi tak juga sebab tempat benda ni berdiri adalah laluan untuk kereta masuk ke ibu rumah, jalan berpasir.
Korang jangan la gelak yer..Abg Zam bukan pandai lukis sangat, hah bentuk ni lah yang terlihat dalam foto ni, kira lebih kurang bentuknya macam tu...
Rasanya penunggu ibu rumah ni kot? foto ni di ambil kat depan Rumah tersebut, memang saja je snap ! tak sangka " dier " muncul kat foto yang ini . . .
Jom lihat videonya kat bawah ni :
Sejauh mana kebenarannya terpulang kepada pendapat dan pandangan masing-masing, Abg Zam tidak mengatakan ianya 100% benar, mungkin juga hanya ilusi kamera, halunisasi ataupun misteri yang sukar di buktikan secara saintifik !
LIKE FANPAGE ► https://www.facebook.com/mrzamextreme
RADIO ONLINE STATION ► Mr.Zam Extreme Online Radio Station
YOUTUBE CHANNEL ► Mr.Zam Extreme YouTube Channel
No comments:
Post a Comment