Tuesday, June 19, 2012

PENUNGGU BANGLO TINGGAL 30 TAHUN DI LAMPAM KEDAH

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia Blog Mr.Zam Extreme........


Kali ni ada sesuatu yang hendak Mr.Zam kongsikan bersama anda semua, sesuatu yang begitu di geruni hingga bertahun lamanya kisah benar mengenai sebuah Banglo tinggal 30 tahun di Lampam Kedah .

Team MrZam Extreme Ghost Hunter cuba untuk merungkaikan misteri yang selama ini masih menjadi tanda tanya dan juga menjadi bualan hangat penduduk kampung yang berhampiran.






Tiada siapa yang menyangka wujudnya sebuah banglo di dalam kebun getah sejauh 3 km dari jalan utama jauh ke dalam, Apakah kisah-kisah misteri Banglo ini cuma rekaan penduduk setempat dan benarkah banglo tersebut berhantu, berpenunggu, berpuaka sehingga di geruni masyarakat setempat ?




Laluan untuk masuk ke banglo tersebut terpaksa melalui kawasan kebun getah yang juga terbiar, kiri dan kanan hutan tebal dan jalan pun agak mendap dan sukar, ketika ni Team Mr.Zam cuba meninjau kawasan sekitar yang memang gelap gelita, cuma lampu kereta saja yang menerangi kawasan ni. 


Sempat possing jam sekitar pukul 1.30 pagi


Malangnya Team Mr.Zam terpaksa membatalkan niat untuk terus ke banglo tersebut pada pagi itu, di sebabkan beberapa faktor, antaranya jalan yang agak mendap dan sukar untuk meneruskan perjalanan, akhirnya kami membuat keputusan untuk mencari alternatif lain keesokkan harinya.




Anak panah menunjukkan laluan ke Banglo tersebut




Suasana amat gelap dan sesekali terdengar bunyi lolongan serigala liar yang membangkitkan perasaan seram antara kami, tapi kerana naluri ingin tahu dan semangat kami yang cukup tinggi untuk mengetahui tentang banglo tersebut perasaan seram, gerun dapat di kawal !



Bulan mengambang penuh masa ni


Walaupun begitu kami harus bersedia dengan pelbagai kemungkinan kerana pernah penduduk kampung terserempak dengan pak belang ataupun harimau belang di sini,  sememangnya tidak di nafikan suasana di sini begitu mencengkam perasaan.






Team Mr.Zam mencari alternatif lain, Kami cuba mendapatkan sedikit maklumat dari  beberapa penduduk kampung antaranya orang kuat di kampung bukit iaitu Abg Long Bri atau panggilan mesranya Abang Long.

Beliau memang tidak sedap hati tujuan kami mahu ke banglo tersebut di khuatiri " Penghuni " di situ akan mengamuk dan team kami akan di persalahkan jika sesuatu yang buruk berlaku kepada penduduk kampung.


Bagi 10 ribu pun aku tk piiii ( banglo ).....Abang Long Bri berseloroh sambil perli kami ha ha ha 


Seorang bomoh yang mahu namanya di rahsiakan juga turut menasihati kami agar membatalkan saja niat kami untuk ke banglo tersebut, tapi kami tetap juga mahu pergi kerana kami tidak mahu percaya atau rasa gerun pada sesuatu tempat yang belum pasti kesahihannya.

Rata-rata penduduk di situ hanya mendengar dan mengetahui tentang misteri banglo tersebut melalui mulut ke mulut dan kebanyakkan penduduk di situ ada yang tidak pernah pergi ke banglo tersebut meskipun telah lama tinggal di situ ( bendang raja bersebelahan dengan kampung whatt siam )

Antaranya pernah seorang penduduk kampung yang di kenali sebagai Pakcik Mansur ( foto di bawah ) anggota sukarelawan yang menjaga pondok pengawal di laluan bendang raja pernah mencari rebung di waktu malam dan ketika melintasi banglo tersebut mereka terlihat cahaya terang benderang datang dari banglo ini, agak mustahil kerana bekalan elektrik telah pun terputus dan semasa tinjauan kami memang banyak kabel-kabel yang dah rosak.


Pakcik Mansur memberitahu yang beliau sendiri pernah di ganggu suara yang menakutkan semasa mencari rebung .


Menurut Pakcik Mansur lagi, banglo tersebut telah di tinggalkan hampir 30 tahun yang lalu dan di katakan mempunyai " Penghuni " yang menyeramkan dan di katakan juga dulunya banglo ni di diami oleh seorang dukun siam yang bernama Tok Wun bersama anaknya .

Selepas berlaku insiden seorang wanita bunuh diri (Gantung diri), mereka akhirnya membuat keputusan meninggalkan banglo tersebut kerana tidak tahan dengan " gangguan ' di waktu siang ataupun malam dan selepas itu terbiarlah banglo ini selama 30 tahun .


Lebih menyeramkan mayat wanita yang bunuh diri itu di katakan masih tersimpan dalam banglo ini sebagai upacara pemujaan oleh orang-orang siam 30 tahun yang lalu. huh !!





 
Susana ketika ni agak suram, bulu roma mula meremang 






Seperkara lagi yang menarik mengenai banglo ni ialah, walaupun telah di tinggalkan selama 30 tahun tetapi keadaan sekeliling seolah-olah di jaga oleh " sesuatu " 

Sebab agak mustahil rumput-rumput masih tidak tumbuh melata dan keadaan banglo tersebut juga masih dalam keadaan elok bumbung juga dalam keadaan yang elok dan yang paling pelik tiada sarang labah-labah di mana-mana sudut dalam banglo ini . Siapakah " Penjaganya "








Menurut penduduk kampung banglo ini terkunci hampir 30 tahun, siapakah yang membuka pintu ini sewaktu Mr.Zam tiba bersama seorang lagi team bernama bro Zack.




Korang ada rasa apa-apa yang pelik tak dalam foto ni ?


Imej ini di sedari oleh salah seorang fans yang hanya mahu di kenali sebagai Xane Neor, beliau memberitahu kepada kami ada sesuatu di dalam foto ini, terkejut kerana di dalam foto ini terlihat bentuk Pocong ! Lihat foto di bawah ini .


Bayangan berbentuk Pocong ! ( dalam bulatan merah ) perhatikan betul-betul


Apakah imej tersebut di sebabkan ilusi kamera ataupun benar-benar wujudnya jelmaan mahkluk halus, foto ini di ambil sekitar jam 6.45 petang, waktu dekat nak mahgrib tapi team kami harus tinggalkan banglo ni dalam pukul 7.15 petang atas nasihat orang kuat kampung bukit Abang Long Bri untuk mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku kepada penduduk kampung dan juga team Mr.Zam.


Sepanjang tinjauan kami memang tiada aktiviti yang berunsurkan khurafat ataupun kesan-kesan tapak penagih atau sebagainya di jumpai, suasana dalam keadaan elok dan tidak terusik .


Sehingga saat kami pulang banglo ini terus menjadi misteri, masing-masing punya pengalaman tersendiri gangguan yang datangnya dari " penunggu" banglo tersebut yang di katakan mengamuk dan mencari tuan baru untuk mendapat makan . kami tak pasti makanan yang macam-mana tapi berkemungkinan besar entiti ini adalah belaan dukun siam yang telah melarikan diri 30 tahun yang lalu .



Di sebelah banglo ini ( anak panah ) terletak rumah kecil yang di diami anak kepada dukun siam tersebut juga telah terbiar dan melarikan diri akibat tidak tahan dengan gangguan belaan Ayahnya.


Sejauh mana kebenaran kesahihan dan misterinya kami tidak dapat pastikan 100% dan niat kami untuk bertemu sendiri dengan tuan punya banglo tersebut juga tidak kesampaian kerana tuan banglo tersebut di katakan telah pergi membawa diri ke sempadan Thai dan menetap di sana, manakala anaknya masih berada di utara tetapi tiada siapa yang tahu di mana .

Ada sesuatu yang hendak Mr.Zam kongsikan bersama anda semua, ada sesuatu di dalam video kami dan di sedari oleh salah seorang fans selepas seminggu di uploadkan ke YouTube, kami sendiri tidak pasti samada ini cumalah ranting kayu ataupun daun-daun yang berada distu. Lihat foto di bawah ini .


Anda ada nampak apa-apa yang pelik lain dari yang lain ?


Imej wajah tersenyum di balik tingkap ini boleh di lihat di dalam video pada minit ke 12.40


Kami tidak mengatakan imej ini 100% entiti ataupun penunggu banglo, kerana ada dua kemungkinan samada ranting kayu dan daun-daun membentuk wajah seperti sedang tersenyum ataupun benar-benar ada penunggu, jika benar adakah ini hantu mayat wanita yang mati bunuh diri 30 tahun yang lalu, mungkin juga ianya menjelma melalui ranting dan celahan daun-daun .

Apapun terpulang kepada anda menjadi jurinya, seperti biasa team MrZam Extreme Ghost Hunter akan meneruskan misi samada berkumpulan ataupun keseorangan untuk membongkar tempat-tempat yang penuh misteri bukan untuk menunjuk berani tetapi mahu membawa anda merasai suasana keadaan sesuatu tempat yang di katakan keras di dalam video-video kami.



" Laluan untuk  untuk ke banglo tersebut harus melalui dari pokok sena ikut penjara gajah mati, terus ke simpang tiga bukit payung, terus ke simpang empat pokok pauh masuk ke jalan kubang leret sebelum sekolah kubang leret jumpa simpang tiga ikut bendang raja di hujung kampung bendang raja di situlah terletaknya banglo yang telah di tinggalkan sejak 30 tahun yang lalu, bagi mereka yang tinggal di sana pasti tau lokasi dan misterinya  "


LIHAT VIDEO PENUH DI BAWAH NI MENGENAI BANGLO TINGGAL 30 TAHUN DI LAMPAM KEDAH BY Mr.Zam Extreme Ghost Adventure Team 



VIDEO TERBARU SUARA ANEH DALAM AIR TERJUN JAM 3 PAGI, KLIK KAT SINI --> PENUNGGU AIR TERJUN, SUARA ANEH DLM AIR JAM 3PAGI

APA-APA YANG ADA DALAM BLOG NI :
KORANG BOLEH SHARE TANPA PERLU MINTA IZIN, SHARING IS CARING  : )
TQ he he he 

- SILAKAN SHARE -



HAMSTER