Thursday, December 22, 2011

VIDEO BAYI PEREMPUAN DI PATUK ULAR TEDUNG SELAR ! ! !

Assalammualaikum kepada semua pembaca setia Blog Mr.Zam Extreme........

Korang mesti terkejut dengan tajuk di atas Bayi di Patuk Ular Tedung Selar, Rupa-rupanya bayi Perempuan ni di jadikan alat untuk membuat pertunjukkan bagi mendapatkan rezeki,


Kesian kat Bayi ni yang masih kecil dan masih tak tau apa-apa lagi dan apa saja yang datang semua di mainnya termasuklah haiwan berbisa ni Ular Tedung Selar !!!


Apakah ini mendera bayi mereka atau sekadar mahu mencari sara hidup dengan melakukan persembahan sebegini ? Sanggupkah anda yang berjiwa penyayang melakukan aksi sedemikian rupa pada Bayi anda yang Tomey demi sesuap Nasi ?


Atas alasan mencari rezeki untuk bayi mereka juga ! ermmm...macam-macam dunia ni.


BAYI NI INGAT NI TOY'S DIER ! : ((

Video yang asal di youtube hampir mencecah 1,187,543 JUTA view dan rata-rata komen mengutuk perbuatan ini !!!

Silakan Share Tanpa Perlu Minta Izin : )


Editor : Mr.Zam Extreme


LAGI MENARIK DI SINI -->
[ Mr.Zam Extreme YouTube Channel ]



Monday, December 19, 2011

HANTU WANITA TERAPUNG TANPA KAKI DI DALAM BILIK !!!

Assalammualaikum kepada semua pembaca setia Blog Mr.Zam Extreme........


Kali ni Mr.Zam nak kongsikan satu kisah yang berlaku pada seorang penghuni di sebuah rumah di jawa timur, yang telah berjaya merakamkan imej ganjil ini melalui telefon bimbit beliau.


Foto ini di dakwa asli dan bukan editing, sblm itu beliau sering di ganggu dan selepas di minta oleh seorang dukun supaya ambil gambar dgn telefon bimbitnya di dalam rumah tersebut, maka inilah imej yang terlihat!


" Seorang wanita berambut panjang terapung tanpa kaki !!



Tidak lama selepas itu dukun telah menangkapnya dan memasukkan di dalam botol. benar atau tidak terpulang pd Anda !


Editor : Mr.Zam Extreme


Lagi Menarik Di Sini -->
[ Mr.Zam Extreme YouTube Channel ]


POCONG DI TASIK DARUL-AMAN JITRA KEDAH !!!

Assalammualaikum kepada semua pembaca setia Blog Mr.Zam Extreme . . . .

Kali ni Mr.Zam Nak share foto yang di dakwa ada entiti berupa pocong di dalam foto tersebut, lokasi terletak di parking lot Tasik Darul-Aman Jitra Kedah berlatarbelakangkan banglo milik seorang YB, foto ni di kirimkan oleh rakan Mr.Zam bernama Aida dan yang berbaju merah di dalam foto ini adalah adik kepada aida bersama rakan.


Apa yang mengejutkan ialah terdapat sesosok bayangan putih yang menyerupai mahkluk Pocong seperti sedang berjogging sambil melompat ! Mungkin juga cahaya flash, orang lalu-lalang atau kabus di waktu senja, foto ni di ambiL ketika waktu senja lebih kurang dalam pukul 6 pm ke atas, masa foto ni di ambil mereka baru hendak pulang ke rumah dan di sedari oleh Aida rakan Mr.Zam semasa adiknya menunjukkan foto ini sekembali di rumah.


Sejauh mana kebenarannya terserah kepada korang semua . . .


Nak Senja Dah dik . . . baik balik cepat sebelum kena " follow " 

JOM TENGOK VIDEO KAT BAWAH NI :





Editor : Mr.Zam Extreme

LAGI MENARIK DI SINI -->


Sunday, December 18, 2011

PENUNGGU " IBU RUMAH " YANG MENYERAMKAN BY Mr.Zam Extreme

Assalammualaikum kepada semua pembaca setia Blog Mr.Zam Extreme . . . .

Kali ni Abg Zam nak kongsikan pada korang semua mengenai misteri IBU RUMAH ataupun rumah asal yang mula-mula di bina oleh orang-orang dulu-dulu.


Abg Zam telah pergi ke sebuah rumah yang di katakan menyimpan pelbagai misteri terletak di utara tanah air di daerah tunjang kedah dengan bantuan seorang rakan, Melihat keadaan Rumah tersebut biasa saja dari luar tetapi waktu malam menjelma pelbagai kejadian pelik akan berlaku.




Ketika melangkah masuk di  tingkat atas ibu Rumah yang di maksudkan kelihatan suasana agak suram sunyi dan sepi.





Keadaan di dalam ibu rumah ni agak usang dan banyak kayu yang mulai reput, agak seram juga masa ni.

Tuan ibu rumah ni yang mesra di panggil Pakcik Mat masih lagi menetap di sini tapi di rumah bawah atau rumah pendua dan rumah di tingkat atas di biarkan begitu saja lebih dari puluhan tahun sejak dari beliau mula berkahwin dan kini sudah mempunyai cucu yang ramai, Menurut Tuan rumah ni bila malam menjelang macam-macam bunyi dapat di dengar dan beliau sendiri tidak berani naik ketika waktu malam begitu juga ahli keluarga yang lainnya.

Abg Zam tidak di benarkan mengambil video ( tidak tau sebab apa ) cuma di benarkan ambil beberapa keping foto dan Abg Zam juga di minta untuk merahsiakan lokasi sebenar rumah ini.

Terpaksa akur dengan permintaan beliau, dapat naik pun kira ok la ni hu hu

Nampak agak usang, siling berlubang!


Siapa berani tidur atas katil usang ini walaupun hanya satu malam? 




Keadaan di bawah katil yang sudah berabuk !!





Imej yang dipercayai ' ORBS ' ( dlm bulatan ) atau boleh jadi juga ilusi kamera berjaya di rakam secara spontan, untuk mengetahui apa itu " ORBS" 
Korang boleh klik kat sini --> MISTERI ORBS






Keunikan tangga ke-4 dari bawah akan berbunyi setiap kali kita pijak dan tetap berbunyi walaupun dah di repair byk kali...pernah dulu pencuri nk masuk naik, di sebabkan bunyi kayu tu, Tuan rumah terus terjaga dan si pencuri melarikan diri.


Kulit ular di jumpai di salah satu sudut rumah !




Sarang labah-labah mula menjadi penghuni tetap di sini dan menunjukkan memang tempat ni sudah lama terbiar !


Almari yang sudah usang !!


Antara gangguan yang sering di alami ialah tangga untuk naik ke atas Ibu rumah akan berbunyi seolah-olah di pijak oleh sesuatu dan pelbagai suara-suara yang menyeramkan datang dari ibu rumah tersebut, biasanya akan berlaku ketika malam menjelma !


Foto seterusnya ini menjadi tanda-tanya dan di sedari semasa proses meng'upload' di lakukan, cuba korang lihat foto di bawah ni, apa yang korang nampak ? lihat dalam bulatan merah tu !




Ok kita Zoom sket :





Kelihatan imej mahkluk yang mempunyai telinga capang dan bermuka bujur sedang berdiri memerhatikan lensa kamera !! atau bole jadi dedaun yang membentuk, tapi tak juga sebab tempat benda ni berdiri adalah laluan untuk kereta masuk ke ibu rumah, jalan berpasir.






Korang jangan la gelak yer..Abg Zam bukan pandai lukis sangat, hah bentuk ni lah yang terlihat dalam foto ni, kira lebih kurang bentuknya macam tu...




Rasanya penunggu ibu rumah ni kot? foto ni di ambil kat depan Rumah tersebut, memang saja je snap ! tak sangka " dier " muncul kat foto yang ini . . .


Jom lihat videonya kat bawah ni :



Sejauh mana kebenarannya terpulang kepada pendapat dan pandangan masing-masing, Abg Zam tidak mengatakan ianya 100% benar, mungkin juga hanya ilusi kamera, halunisasi ataupun misteri yang sukar di buktikan secara saintifik !


LIKE FANPAGE                   ►    https://www.facebook.com/mrzamextreme
RADIO ONLINE STATION     Mr.Zam Extreme Online Radio Station
YOUTUBE CHANNEL           ►   Mr.Zam Extreme YouTube Channel

Saturday, December 17, 2011

▬ POCONG MENGINTAI DI BALIK POKOK ▬



 KELIBAT putih yang dirakam Abdul Rahman menggunakan telefon bimbit yang didakwanya hantu pocong di Jengka 4, Hantu sempat dirakam kamera telefon bimbit.


Lelaki terbabit, Abdul Rahman Sabie, 25, berkata kelibat pocong yang berdiri tanpa bergerak sambil merenung tajam ke arahnya dirakam di halaman rumah jirannya sewaktu pulang ke rumahnya kira-kira jam 3 pagi.

Katanya, pocong tanpa wajah yang jelas berikutan berdiri dalam gelap mungkin makhluk sama seperti diceritakan penduduk sebelum ini, malah dia mendakwa sudah tiga kali melihat makhluk berkenaan sebelum berani merakamkannya.


"Sebaik tiba di rumah, darah rasa berderau melihat kelibat itu yang langsung tidak bergerak. Entah dari mana datang keberanian, saya
tiba-tiba bergerak ke arah kelibat itu dan merakamkannya menggunakan telefon bimbit," katanya.


Abdul Rahman berkata, dia sebenarnya bukanlah orang yang senang percaya dengan benda pelik sebegini, namun selepas melihat dengan mata sendiri, berasa ada kebenarannya.


Katanya, untuk meyakinkan diri, dia memberanikan diri merakamkan kelibat pocong terbabit menggunakan telefon bimbitnya.


"Sebelum ini rakan sering mengusik mengenai cerita pocong terbabit biarpun mereka sendiri tidak pernah melihatnya dan berikutan itu dalam keadaan terketar-ketar saya memberanikan diri merakam gambar makhluk berkenaan.


"Saya melangkah perlahan-lahan ke arah kelibat yang berbalut kain putih berkenaan dengan harapan dapat merakam gambar yang lebih jelas, namun selepas merakamkannya, pocong terbabit hilang secara tiba-tiba.


"Melihat keadaan itu, saya tanpa berpaling terus berlari masuk ke rumah dan tidak berani melihat rakaman gambar dalam telefon bimbit berkenaan kerana terlalu takut," katanya.


Abdul Rahman berkata, sebaik bangun pada paginya, dia melihat kembali rakaman gambar berkenaan dan jelas terlihat bayangan susuk tubuh putih memandang ke arahnya sebelum menunjukkan rakaman gambar itu kepada keluarga dan jiran.




LIKE FANPAGE                     ►    https://www.facebook.com/mrzamextreme
RADIO ONLINE STATION      Mr.Zam Extreme Online Radio Station
YOUTUBE CHANNEL           ►   Mr.Zam Extreme YouTube Channel


Friday, December 16, 2011

TOLONG ANGKAT MAYAT RAKAN DAN MATI DI RENJAT ELEKTRIK !! (18SG)



Malang tidak berbau, usaha murni kawan-kawan yang membantu mengangkat mayat rakan mereka yang terkena kejutan elektrik akhirnya menyebabkan salah seorang daripada mereka mati serta-merta di tempat kejadian kerana terlanggar wayar yang masih mengalirkan arus elektrik !! Kejadian ini berlaku di Brazil. 


LAGI KISAH MENARIK DI SINI
[ Mr.Zam Extreme Youtube Channel ]

ANDA PERNAH DI TINDIH HANTU AKA JIN SEMASA TIDUR ?? ATAU CUMA SLEEP PARALYSIS ??

Assalammualaikum kepada semua pembaca setia Blog Mr.Zam dan Salam 1Malaysia.

Sleep paralysis atau 'lumpuh waktu tidur' yang sementara, sleep paralysis ni selalu berlaku ketika hendak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tidur (hypnopompic paralysis)

Secara normal apabila manusia tidur, kita akan masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement ) ketika waktu nyenyak, bijik mata kita akan bergerak-gerak, di mana otak akan memberitahu supaya kita berehat secukupnya,



Sistem otak kita mempunyai switch off button dipanggil Reticular Activating system ( RAS ), Ketika ini yang masih Automatic function adalah degupan jantung, pernafasan, pergerakan tubuh badan ketika tidur sahaja yang masih dalam keadaan switch on, apabila kita bangun, RAS tadi akan switched on balik, kita sedar fully awake state, tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak untuk switch on balik sistem badan kita, maka ketika itulah berlakunya apa yg di sebut sleep paralysis atau lumpuh seketika ketika tidur sebelum otak activate semula, mmg menakutkan tapi benar., sleep paralysis tidak semesti berlaku sepenuhnya, ada yang separa sedar, ada yang masih boleh menggerakkan ibu jari kaki ataupun tangan, ada juga yang boleh buka mata dan melihat sekeliling tetapi badan masih kaku.

Selalunya, sleep paralysis ini berhubung kait dengan hallucinations (halusinasi) samada dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak benda yang aneh-aneh ) atau tactile (deria sentuhan, terasa seperti di tindih, hempap dan berasakan sesak nafas hingga ketika kita menjerit tiada siapa yang mendengar.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SITUASI KENA TINDIH SEMASA TIDUR:

1. Tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation,tak cukup tidur
4. stress yang byk seperti masalah keluarga, kewangan. kehilangan dan sebagainya.
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2, seperti biasa duduk dirumah tetapi melakukan aktiviti seperti mountain climbing, bungge jumping atau aktiviti lasak yg lain yg tidak pernah di lakukan sebelum ini.
6. orang yg mengalami penyakit narcolepsy atau
( gangguan tidur yang menyebabkan mengantuk yang berlebihan dan sering tidur di siang hari.)
7. tidur yang lewat hingga ke waktu antara 3 pagi ke atas.

Itu dari sudut sains dan kajian manusia cuma ada banyak Persoalannya juga, Antaranya :

A) Mengapa setiap kali kena tindih mesti muncul bayangan atau lembaga yang mengerikan, mengapa tidak wajah orang yang kita cinta seperti teman wanita ataupun ibu-bapa kita?
B) Mengapa mesti terdengar suara-suara yang menakutkan, mengapa tidak terdengar alunan muzik ataupun suara kicauan burung ataupun alam semulajadi seperti air terjun dan sebagainya?
C) Oleh yang demikian masih banyak misteri di atas muka bumi ini yang tidak dapat di selesaikan dengan kajian semata-mata.
D) Apakah ini cuma kebetulan atau pun memang ada gangguan dari Jin?


Sebagai org islam kita ada cara untuk mengatasinya, ambillah wuduk sebelum tidur dan baca Ayat-ayat suci Al-quran,insyaallah kita akan tidur dalam keadaan tenang dan bermimpi yang indah-indah

Setelah anda membaca beberapa ulasan mengenainya, anda fikirkan yang mana satukah yang benar ?
Terserah pada anda . . . . .


LAGI KISAH MENARIK DI SINI
[ Mr.Zam Extreme Youtube Channel ]

Editor : Mr.Zam

Wednesday, December 14, 2011

BERBORAK DENGAN KOMPUTER ATAU LEPPY ANDA SENDIRI !

Mesti korang pelik kan, tajuk BERBORAK DENGAN KOMPUTER ATAU LEPPY ANDA SENDIRI !
Sesuai untuk mereka-mereka yang baru putus cintan dan kesunyian atau kesepian he he he
Cuba korang tengok contoh screenshot kat bawah ni dulu :

▬ Yang Tulisan Kaler Hitam Tu Mr.Zam ▬


Korang tanya jer apa yang korang nak tanya, sume bahsa dier tau . . apa lagi Cuba Try Test Tengok . . .
Korang klik Link ni http://cleverbot.com/ dan sembang sampai korang rasa meluat dah nak layan PC, Komputer atau leppy korang tu bila asyik dier jew nak menang ! hu hu hu hah yang paling menariknya cuba korang beri Salam tengok apa dier jawab haha ! enjoyyyyy...........

HAMSTER